Your search results

Soalan Lazim

1. Apakah konsep rumah SPNB Aspirasi?
Menyediakan persekitaran yang mampu memberi sumber inspirasi kepada penduduknya melalui kemudahan yang menarik dan alam sekitar yang mampan serta bersuasana harmoni

2. Apakah criteria kelayakan untuk memohon kediaman SPNB Aspirasi?
Terbuka kepada mereka yang layak membuat pinjaman bank

3. Bagaimanakah mendaftar untuk kediaman SPNB Aspirasi?
Anda perlu mengisi borang permohonan yang terdapat di ruangan borang permohonan atau berhubung terus dengan pejabat tapak kami disini

4.Adakah kediaman SPNB Aspirasi pegangan kekal atau pegangan pajakan?
Ia bergantung kepada hakmilik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan SPNB Aspirasi

5.Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman SPNB Aspirasi?
Sila layari laman sesawang SPNB Aspirasi di www.spnbaspirasi.com.my

6. Berapakah harga kediaman SPNB Aspirasi?
Kediaman SPNB Aspirasi berharga dalam lingkungan RM150,000 keatas

7. Apakah saiz-saiz kediaman SPNB Aspirasi?
Secara umumnya, rumah teres SPNB Aspirasi berukuran dari 600 kps sehingga 1,850 kps dan apartmen SPNB Aspirasi berukuran dari 600 kpshingga 1,200 kps.

8. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan semasa mendaftar rumah SPNB Aspirasi ?
Anda perlu menyediakan:
i. Salinan kad pengenalan (KP)
ii.Slip gaji atau penyata bank terkini

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Tel : 03 26185557
Fax : 0326185794
Waktu Urusan: Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 5:00 petang)
E-mel: pr.aspirasi@spnb.com.my

Compare Listings